RSS

Program Amal Kelab Jalinan Ukhuwah Sahabat Radio IKIM.fm



Alhamdulillah Kelab Jalinan Ukhuwah Sahabat IKIM.fm telah berjaya membuat program amal ke Rumah Anak Yatim YPIN Sg. Manggis di banting Selangor pada 16 Ogos Yang lalu. Program tersebut disertai oleh ahli-ahli komuniti sahabat ikim, Penyampai-penyampai radio ikim (Ust Irwan Johari, Dj Mona Jazman, Dj Rohani, serta Dj Maslina Alias) dan juga penduduk kampung yang berhampiran. Kehadiran penyanyi nasyid baru yang baru melonjak naik namanya iaitu LYNN turut mengambil bahagian dalam persembahan nasyid bersama anak-anak buahnya. Di samping itu, upacara penyampaian sumbangan turut menjadi tentetif program. Individu-individu yang nak menyampaikan sumbangan peribadi tampil memberi sumbangan berupa wang kepada penjaga anak-anak yatim. Selain itu, persembahan nasyid daripada anak-anak yatim turut menyerikan program. Lagu "Keluarga Bahagia" telah dipilih untuk membuat persembahan mereka. Suasana hiba ketika anak-anak yatim ini menyampaikan lagu tersebut. Kelihatan linangan air mata mula mengalir membasahi pipi anak-anak yatim ini. Tak terkecuali kami juga turut berasa kesedihannya. Terpancar wajah sayu pada anak-anak ini.

Pasti ada hati yang tersentuh apabila mendengar rintihan hati anak-anak ini.Bait-bait lagu yang mereka sampaikan :


Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang

Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia

Ayah ibu
Luangkanlah sedikit masa bersamaku
Ku rindukan kemesraan
Dan belaianmu


bait-bait lagu ini seolah-olah menceritakan isi hati mereka yang dahagakan kasih sayang ibu dan ayah. Bersyukurlah kita kerana masih mempunyai ayah dan ibu tempat bergantung. Sebagai insan yang prihatin dekatilah mereka. Raikanlah mereka sekadar yang termampu. Mereka juga perlukan kasih sayang kita. Mereka juga nak hidup seperti anak-anak yang lain.









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 kata mereka: