RSS

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin


Selamat tinggal ramadhan, Selamat datang bulan Syawal. Sempena Syawal yang mulia ini, kami di Teratak Bonda ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Kami menyusun 10 jari mohon maaf zahir & batin jika terdapat kekurangan dalam perkhidmatan yang kami berikan. Terima kasih daun keladi kepada semua surfers yang sudi bertandang ke cybercafe kami. Juga buat semua sahabat kami walau di mana jua berada. Terima kasih di atas jalinan persahabatan di alam maya. Semoga silaturrahim yang terjalin kekal mewangi hingga ke akhir hayat. Skali lagi kami mohon maaf andainya terdapat cacat cela dalam perkhidmatan yang kami sediakan. Seringkali juga berlaku masalah teknikal yang tak dapat kami elakkan. Apepon terima kasih banyak-banyak. Semoga kalian bergembira menyambut aidilfitri bersama keluarga. Berhati-hati ketika memandu. Selalulah ingat orang yang tersayang. Salam sayang dari kami di Teratak Bonda buat semua yang sudi bertandang ke Teratak Bonda.


KOLEKSI HARI RAYA 2008..


AIDILFITRI BERSAMA FAMILY UMMI & ABI












KEMERIAHAN AIDILFITRI BERSAMA FAMILY ALONG














  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS