RSS

U&C'S ENT.

SELAMAT DATANG KE CYBERCAFE U&C'S

(ALATULIS JUGA DIJUAL DI SINI)

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari pulau mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Selamat datang kepada semua para surfers yang budiman. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke cybercafe kami. Di sini kami ada menyediakan perkhidmatan internet, fotostat, binding, laminate, fax serta menjual kelengkapan alat tulis. Anda boleh dapatkan bantuan kakitangan jika ada sebarang masalah. Insyaallah kami cuba berikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Anda juga boleh menghantar komen serta pandangan di ruangan yang disediakan. Komen serta pandangan anda amat kami hargai untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan. Sekali lagi ucapan terima kasih daripada kami untuk anda kerana sudi berkunjung ke cybercafe ini. Sila datang lagi.




Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Hendak dulang diberi dulang
Dulang berisi sagu mentah
Hendak pulang kuberi pulang
Tinggalkan pantun walau sepatah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS