RSS

Pelancaran testiblog islamik Teratak Bonda & Kempen "SEORANG 1 DESIGN"



Pihak U&CS akan melancarkan testiblog islamik teratak bonda. Kami berharap ia dapat memberi anda alternatif kepada testi bergambar yang lebih islamik. Testi bergambar ini boleh digunakan sebagai komen di friendster, myspace, blog dan lain-lain. Selain itu kami berharap, bakat-bakat designers kami dapat dimanfaatkan. Kepada designers yang berbakat dipelawa untuk berkongsi design kreatif anda. Hantarkan design anda beserta nama penuh ke email
adibsmarni@bluehyppo.com Nama anda akan disiarkan di blog ini jika design anda terpilih. Bersempena pelancaran testiblog islamik teratak bonda, kami juga akan melancarkan kempen "SEORANG 1 DESIGN". Hantarkan design anda ke email adibsmarni@bluehyppo.com


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

Sempena menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak yang mulia ini, pihak U&CS menyediakan beberapa koleksi kad ucapan elektronik untuk anda.






















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bersama Sahabat Kami di Akademi Nasyid TV9

Ummi & Eda

Along (penaja blog ini) & Cicik


Bersama Aiman

Bersama Aiman


Bersama Far-East


Bersama Muslim Voice

Bersama Cicik



Alhamdulillah, sejak minggu pertama Akademi Nasyid di TV9 kami berkesempatan menyaksikan konsert mingguan setiap Sabtu bermula jam 8.30 mlm di Plaza Alam Sentral Shah Alam secara langsung. Pada 30 Ogos ini, Akademi Nasyid telahpun sampai ke kemuncaknya dengan 6 peserta yang berjaya ke final. Mereka ialah Azhan, Cicik, Aiman, Eda, Dvision dan Muslim Voice. Taniah!! kepada semua peserta Akademi Nasyid yang berjaya. Semoga kalian dapat buat yang terbaik untuk konsert akhir nanti. Kepada semua rakyat Malaysia datanglah beramai-ramai ke Plaza Alam Sentral pada hari Sabtu 30 Ogos 2008. Pintu hanya akan dibuka bermula jam 7 malam sehingga 8 malam. Tempat adalah terhad. Kepada yang tidak berkesempatan ke Plaza Alam Sentral, anda boleh menyaksikannya di TV9. Pada konsert akhir nanti undian adalah berdasarkan 60% juri dan 40% penonton. Pihak U&CS bersama penaja blog ini juga akan ke konsert akhir pada 30 Ogos nanti. Jumpa di sana.....






















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adi Putra Anugerah Allah





Anak genius, Adiputra Abdul Ghani [lahir 27.1.1999] anak seorang Juruteknik, bukan Professor, ibunya seorang guru sekolah rendah, bukan doktor. Renunglah, beliau adalah salah satu tanda kebesaran Allah kepada hamba2Nya. Bagaimanakah agaknya keadaan dunia jika Tuhan mengurniakan IQ setinggi itu kepada semua manusia? Mampukah manusia dengan kapasiti otak lemah yang ‘diterbataskan’menerima IQ 5 kali ganda Adiputra? Apakah lagi kepandaian lain samada dari segi kekuatan akal, jiwa atau perasaaan yang belum dicungkil dari Adiputra.


TENTANG ADI PUTRA

"OTAK Adi Putra adalah pemberian Allah". Itulah kata-kata yang diucapkan sendiri oleh kanak-kanak pintar, Adi Putra Abdul Ghani yang baru berusia enam tahun dan bercita-cita menjadi seorang profesor matematik Islam.Adi Putra yang suka makan roti bersama minuman bercoklat serta aiskrim, mempunyai kebolehan luar biasa untuk menyelesaikan pelbagai masalah dalam mata pelajaran matematik peringkat sekolah menengah termasuk algebra, indeks dan trigonometri.Kebolehan menjawab soalan matematik tambahan secara congak dengan tepat dan menerangkan bagaimana beliau memperoleh jawapan berkenaan menggunakan formula sifir dan logik tersendiri, juga meyakinkan.Penulis yang mempunyai sedikit latar belakang dalam matematik tambahan, terasa kagum melihat keupayaan seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai pendidikan formal matematik seperti Adi mampu menyelesaikan soalan seperti 30.80 - 2 7/10-3 2/100 = 25.08 atau 1/16 = 0.0625 atau (3/4) kuasa dua - punca kuasa tiga 125 = -4 7/16 secara congak.Adi menyelesaikan soalan itu kurang daripada sesaat kerana anak genius ini memberikan jawapan secara spontan sebaik melihat soalan yang diberikan bapanya, Abdul Ghani Wahid.Siapa sangka keunikan kanak-kanak berasal dari pekan kecil seperti Bagan Serai itu akan mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk tawaran Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang membantu menggilap kebolehannya menerusi kepakaran yang ada di universiti itu.Ramai berpendapat kepintaran kanak-kanak yang belum bersekolah ini tidak boleh disia-siakan dan harus diberikan perhatian dan bimbingan terbaik bagi mengenal pasti potensi akliah atau IQ dan tahap kepintarannya.Ogos lalu, Berita Harian melaporkan kehebatan Adi Putra dengan mudah mengalahkan 19 guru serta 230 pelajar Tahun Satu hingga Enam dalam ujian kepintaran minda di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau Baru dekat Bagan Serai.Dalam ujian itu, Adi Putra dengan pantas menjawab tepat sehingga membuatkan guru tertanya-tanya mengenai formula sifir dan logik menjawab soalan yang diberi secara rawak.Kanak-kanak itu juga mampu menyelesaikan pelbagai soalan matematik peringkat sekolah menengah dan mengenal dengan mudah angka trilion (15 angka).Kebiasaannya, Adi Putra hanya mengambil masa kurang satu minit bagi menjawab soalan asas matematik manakala bagi soalan peringkat sekolah menengah serta asas universiti, kanak-kanak itu mampu menyelesaikannya kurang lima minit dengan hanya menggunakan jari dan kekuatan ingatannya.Adi juga menghadiri majlis motivasi anjuran pelbagai pihak dan sehingga kini sudah menerima 26 sijil penghargaan, termasuk diiktiraf sebagai pakar motivasi daripada Majlis Guru Besar Daerah Larut, Matang dan Selama.Kepintarannya juga menyebabkan ada sekolah rendah dan menengah mengundangnya untuk memberi motivasi, selain dua institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Tanjung Malim dan Universiti Sains Malaysia (USM).Persoalannya ialah bagaimana kanak-kanak berusia enam tahun dan ketinggian tiga kaki setengah ini mempunyai kemampuan luar biasa itu? Apakah kesan dididik dengan formula khusus oleh ibu bapanya atau ia memang satu keistimewaan pemberian Ilahi.Dalam pertemuan dengan Berita Minggu, memang terasa kebolehannya adalah pemberian Tuhan dan Adi Putra mungkin satu dalam sejuta yang memiliki kecerdasan akliah seperti itu.Bapanya yang lebih awal mengenal pasti keistimewaan anaknya menanam pelbagai usaha menguji sendiri tahap kecerdasannya dengan membimbing dan mengajar asas matematik pada usia Adi Putra seawal tiga tahun yang kemudian mendapati kebolehan anaknya melebihi kanak-kanak biasa.Abdul Ghani yang berasal dari Terengganu, sebelum ini juga pernah memberitahu kepintaran anak bongsunya itu dikesan sejak berusia empat tahun apabila Adi Putra berjaya menyelesaikan masalah matematik abangnya, Amirul Izuan, 10, yang ketika itu di Tahun Dua.Beliau yang kini bertugas sebagai Juruteknik Tenaga Nasional Berhad di Bagan Serai, berkata, anaknya mempunyai hasrat mahu menjadi seorang pakar matematik Islam di samping menjadi seorang yang tahfiz al-Quran.Menurutnya, beliau dan isterinya, Serihana Alias, 30, mendapat pelbagai jenis petanda sebelum kelahiran Adi Putra. Pada masa itu mereka tidak tahu apakah yang dimaksudkan tanda luar biasa yang mereka dapat itu.Beliau teringin sangat menamakan anaknya Adi Putra dan setelah menjalankan sedikit kajian Abd Ghani mendapati “Adi Putra” adalah nama kepada Tok Guru Silat kepada pahlawan dalam sejarah iaitu Melayu Hang Tuah."Pada waktu itu kami juga tidak membuat imbasan untuk melihat jantina anak kami. Kemudian saya bertanyakan kepada seorang yang berkemahiran dalam ilmu mistik, bolehkah saya menamakan anak saya Adi Putra."Orang itu berkata nama itu keras dan anak yang diberikan akan menangis tiga hari tiga malam jika tidak serasi dengannya dan perkara itu tidak berlaku kepada Adi Putra."Tidak pula saya sangka akan mendapat anak lelaki kerana saya benar-benar teringin menamakannya Adi Putra... mungkin sebab itu dia suka bermain pedang jika ternampak kayu," katanya sambil ketawa.Abdul Ghani berkata, orang itu juga telah meminta isteri saya supaya membaca al-Quran sepanjang mengandungkan anak ketiganya.Ibunya, Serihana berkata, dia gemar membaca surah Maryam, Yusuf dan Luqman sebagai amalan harian ketika waktu lapang ketika mengandungkannya.Serihana berkata, dia juga tidak dapat melupakan peristiwa bermimpi melihat sebutir berlian di langit, hasil gabungan lima bintang yang cukup terang dan bersinar ketika berusia belasan tahun iaitu sebelum berkahwin dengan Abdul Ghani."Pancaran sinar itu cukup kuat sehingga seperti melekat pada muka saya, sejak mimpi itu saya sentiasa tertanya-tanya maksudnya dan hari ini saya rasakan ia ada kaitan dengan kelahiran Adi Putra."Mengandungkannya tidak sama seperti mengandungkan dua anak yang lain. Naluri untuk mengaji dan membaca tiga surah berkenaan lebih kuat. Kalau hari ini saya membaca surah Maryam berulang-ulang kali, keesokannya pula saya membaca surah Yusuf dan Luqman," kata.Bagaimanapun, Serihana yang mendirikan rumah tangga dengan Abdul Ghani sewaktu berusia 18 tahun, berkata amalan membaca al-Quran ketika mengandung sudah menjadi kebiasaan kepada dirinya."Ketika mengandungkan dua anak yang lain iaitu Amirul Izuan, 10, dan Seri Amelia, 8, saya tidak menumpukan kepada tiga surah saja, sebaliknya akan membaca keseluruhan surah dalam al-Quran," katanya yang pernah menjadi guru sandaran di Sekolah Menengah Slim River, Perak, selama lima tahun.Adi Putra dikatakan adalah seorang kanak-kanak yang pelik yang tidur hanya selepas jam 4 pagi dan banyak menggunakan masanya awal paginya antara jam 12 hingga 4 pagi cuba menyelesaikan masalah matematik yang diberikan bapanya."Dia memang aktif selepas jam 12 malam, bermain dan menjawab soalan yang disediakan bapanya. Tetapi dia tidak akan menjawab soalan itu di hadapan kami kecuali kami memintanya menerangkan bagaimana dia memperoleh jawapan itu."Dia jarang makan nasi dan tidak makan kuning telur. Sifatnya juga tidak seperti kanak-kanak lain. Dia juga tidak suka makan organ dalaman haiwan seperti hati atau limpa dan waktu tidurnya pula terhad jam 4 pagi hingga 10 pagi jika tiada kelas tuisyen."Kami mengajar Adi Putra mengenali angka 1-100 ketika berusia dua hingga tiga tahun dengan menggunakan makanan seperti gula-gula berwarna."Sambil dia mengira gula-gula itu dia juga mengenal warna. Dia juga seorang yang jujur, jika dia mahukan aiskrim 20 sen, 20 sen yang digunakan walaupun diberikan RM1," katanya.Serihana yang bangga dengan pencapaian anaknya, berkata Adi Putra juga berbeza daripada adik beradik yang lain kerana mempunyai rasa hormat dan budi pekerti tinggi ketika bersama ibu bapanya.Adi Putra bukan seorang kanak-kanak yang suka menunjukkan kebolehannya kepada orang lain malah seorang pemalu. Kanak-kanak ini juga dididik penuh kasih sayang dan sangat manja bersama kedua ibu bapanya."Dia tidak pernah lupa mengucapkan `terima kasih pak' walaupun berkongsi segelas air oren bersama bapanya. Kami tidak ajar atau memaksanya bersifat sedemikian kerana itu memang cara dia."Kadang-kala kami juga kagum dengan kebolehannya sehingga kami terpaksa memujuknya mengajarkan kepada kami. Kami perlu faham dulu cara dia menyelesaikan masalah matematik sebelum mengajarkan kepada orang lain," katanya.Kanak-kanak genius ini juga tidak bangga dengan kebolehannya yang sejak kebelakangan ini mendapat perhatian meluas daripada media atau pihak tertentu yang mahu beliau bekerja bersamanya serta bantu membimbingnya.Malah, bapanya sendiri mengakui anak bongsunya itu pelik apabila mendapati dia turut menanam azam tinggi untuk menabur bakti seperti idolanya iaitu Naib Canselor Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech, Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh."Adi nak jadi pandai seperti Prof Dr Ismail, kerana dia pandai walaupun dia buta," kata Adi Putra.Banyak lagi hendak dikatakan mengenai Adi Putra, mungkin bapa kepada kanak-kanak istimewa yang dianugerahi bakat ini sendiri dapat menceritakan mengenai kehebatan dan kepintarannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Program Amal Kelab Jalinan Ukhuwah Sahabat Radio IKIM.fm



Alhamdulillah Kelab Jalinan Ukhuwah Sahabat IKIM.fm telah berjaya membuat program amal ke Rumah Anak Yatim YPIN Sg. Manggis di banting Selangor pada 16 Ogos Yang lalu. Program tersebut disertai oleh ahli-ahli komuniti sahabat ikim, Penyampai-penyampai radio ikim (Ust Irwan Johari, Dj Mona Jazman, Dj Rohani, serta Dj Maslina Alias) dan juga penduduk kampung yang berhampiran. Kehadiran penyanyi nasyid baru yang baru melonjak naik namanya iaitu LYNN turut mengambil bahagian dalam persembahan nasyid bersama anak-anak buahnya. Di samping itu, upacara penyampaian sumbangan turut menjadi tentetif program. Individu-individu yang nak menyampaikan sumbangan peribadi tampil memberi sumbangan berupa wang kepada penjaga anak-anak yatim. Selain itu, persembahan nasyid daripada anak-anak yatim turut menyerikan program. Lagu "Keluarga Bahagia" telah dipilih untuk membuat persembahan mereka. Suasana hiba ketika anak-anak yatim ini menyampaikan lagu tersebut. Kelihatan linangan air mata mula mengalir membasahi pipi anak-anak yatim ini. Tak terkecuali kami juga turut berasa kesedihannya. Terpancar wajah sayu pada anak-anak ini.

Pasti ada hati yang tersentuh apabila mendengar rintihan hati anak-anak ini.Bait-bait lagu yang mereka sampaikan :


Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang

Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia

Ayah ibu
Luangkanlah sedikit masa bersamaku
Ku rindukan kemesraan
Dan belaianmu


bait-bait lagu ini seolah-olah menceritakan isi hati mereka yang dahagakan kasih sayang ibu dan ayah. Bersyukurlah kita kerana masih mempunyai ayah dan ibu tempat bergantung. Sebagai insan yang prihatin dekatilah mereka. Raikanlah mereka sekadar yang termampu. Mereka juga perlukan kasih sayang kita. Mereka juga nak hidup seperti anak-anak yang lain.









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Grand Theft Auto IV



Ini adalah antara permainan yang diminati oleh adik-adik di cybercafe ini. Boleh dikatakan hampir keseluruhan adik-adik bermain permainan ini. Tak tahulah apa yang best sangat. Hanya adik-adik yang main permainan ni je yang tahu keseronokan bermain permainan ini.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mencari Publisiti Murah di YouTube???


Sejak akhir-akhir ini, namanya sering disebut-sebut. Ia disebut-sebut bukan kerana mahu meraih populariti, tetapi menambahkan lagi popuritinya, yang sedia ada. Mahu tidak mahu, terpaksa juga menyebut namanya, YouTube (sekali sekala). Inilah tapak web perkongsian video yang disifatkan paling popular, buat masa ini.

Khidmat percuma dari Google ini bukan baru bagi pengguna internet terbanyak. Tetapi, mungkin baru bagi sesetangah komuniti internet yang pertama kali menjejakinya. Itu pun apabila namanya sering disebut-sebut di dalam media arus perdana, media internet, radio, TV atau orang ramai di sekeliling. Begitulah situasinya.. :)

Sebetulnya, publisiti percuma ini bukan sahaja menguntungkan YouTube, malah orang yang menggunakan khidmat ini juga meraih manfaatnya. Tidak dinafikan, ada juga yang kurang senang apabila kecanggihannya disalahguna untuk tujuan tidak sihat. Biasanya, berbentuk siaran video yang boleh menyinggung pihak lain.

Tidak salah jika video yang tersiar itu positif sifatnya atau mematuhi etika yang ditetapkan pihak YouTube. Apa yang tidak boleh, video yang boleh menjejaskan pihak lain. Antaranya, video yang dirakam secara curi atau klip video yang sengaja direka untuk menghina, berbaur fitnah atau memburuk-burukan pihak tertentu.

Jika seseorang itu berbakat tulen, kenapa tidak dikerahkan bakat tersebut untuk menghasilkan sesuatu karya yang bernilai atau dihargai. Jika berbakat mencipta lagu atau muzik, bukankah bagus kalau lagu, audio atau muzik itu diadun menjadi sebuah video klip yang menarik. Diakui mesej positifnya dan tidak menyingung sesiapa.

Dengan kata lain, bukan sekadar mencari publisiti murahan dengan menumpang populariti tapak web yang sudah semestinya tersohor di serata dunia itu. Begitupun, lumrah manusia termasuk komuniti internet lebih peka atau lekas tertarik dengan sesuatu yang kontroversi. Isu kontroversi biasanya akan mendapat publisiti.

Nota: dengan menguasai kemahiran dan kemudahan Internet, tidak bererti si penggunanya bebas melakukan segala-galanya.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips : Elak Virus Dengan off Autoplay

Pernahkah komputer anda dimasuki virus secara tiba-tiba (automatik) tanpa anda sedari dengan mencucuk USB drive atau memory card? Ya! Rasanya hampir semua PC pernah diserang virus dengan cara berkenaan seperti virus Brontox.exe, JambanMu.exe dan lain-lain.

Cara virus itu amat pintar dengan meletakkan file autoplay.exe ke dalam USB drive seterusnya dengan automatik autoplay.exe tersebut akan link kan ke virus yang berada di USB drive anda untuk dibuka dan menyerang.Anda boleh mengelakkan PC anda dari terkena virus pada peringkat awal dengan cara disable-kan Autoplay tersebut dari Windows anda. Windows terdapat function “Enable Autoplay Off” dan function ini dapat mengurangkan risiko PC anda dari terkena virus-virus yang berkaitan.

Untuk Windows XP sila ikut langkah dibawah:-

  • Start > Run
  • Type gpedit.msc (gpedit bermaksud Group Policy Edit)
  • User Configuration > Administrative Templates > System > Turn off Autoplay
  • Pada tab “Setting”> Check atau klik Enabled
  • Turn off Autoplay on: All Drives

Untuk Windows Vista:

  • Start > Control Panel > Autoplay
  • Ikut langkah seperti Windows XP

Ya! Anda berjaya membuat autoplay off untuk semua drive samada USB drive, CD dan lain-lain maka dengan cara ini virus tidak lagi automatik masuk dari drives tersebut melainkan anda sendiri yang klik ke file virus atau autoplay.exe!

Tips Penting

Satu lagi tips, scan dulu USB Drive anda dengan anti-virus software yang ada di PC anda dan satu lagi, walaupun sudah turn off, pastikan anda check dulu samada USB drive yang anda cucuk ada autoplay.exe atau tidak.

Sekiranya ada, gunakan function ‘explore’ dan elakkan double klik ke drive tersebut. Ini untuk mengelakkan Autoplay.exe tersebut link ke file virus di USB anda.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ziarah Salam Ukhuwah ke Rumah Anak Yatim




Daripada adik-adik Bait al-amin :

Di sini kami hidup
Bagaikan sebuah keluarga
Tiada permusuhan
Tiada sengketa
Tiada caci mencaci
Tiada kata nista
Yang tua kami hormati
Yang muda kami sayangi


Di sini kami hidup
Bagaikan aur dengan tebing
Bantu membantu
Bimbing membimbing
Berat sama dipikul
Ringan sama dijinjing
Hati gajah sama dilapah
Hati kuman sama dicicah

Di sini kami hidup
Bagaikan petani dan nelayan
Ke gunung sama mendaki
Ke laut sama mengharungi
Biduk berlalu kiambang bertaut
Sekali berpijak di bumi nyata
Sentiasa ingat langit dijunjung


Pada 10 ogos yang lalu, kami telah mengadakan program ziarah salam ukhuwah ke rumah anak yatim bait al-amin di parit. Ziarah salam ukhuwah ini bertujuan untuk membuat tinjauan sebelum lawatan dan rombongan daripada sahabat-sahabat kelab jalinan ukhuwah radio ikim.fm Kami akan membuat program di rumah anak yatim bait al-amin di masa akan datang insyaallah. Semoga Allah mempermudahkan segala usaha kami. Ziarah salam ukhuwah pada 10 ogos yang lalu turut disertai oleh salah seorang ahli skuad kembara kami iaitu along @ adibsmarni. Kepada adik-adik Bait Al-Amin, nantikan kedatangan kami serta penasyid-penasyid tanah air yang akan turut serta dalam program amal ini nanti. Kepada pengunjung-pengunjung cybercafe ini, anda juga dialu-alukan untuk turut serta. Maklumat lanjut sila bertanya kakitangan kami.


blog Bait Al-Amin http://bait-alamin.blogspot.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS