RSS

Mencari Publisiti Murah di YouTube???


Sejak akhir-akhir ini, namanya sering disebut-sebut. Ia disebut-sebut bukan kerana mahu meraih populariti, tetapi menambahkan lagi popuritinya, yang sedia ada. Mahu tidak mahu, terpaksa juga menyebut namanya, YouTube (sekali sekala). Inilah tapak web perkongsian video yang disifatkan paling popular, buat masa ini.

Khidmat percuma dari Google ini bukan baru bagi pengguna internet terbanyak. Tetapi, mungkin baru bagi sesetangah komuniti internet yang pertama kali menjejakinya. Itu pun apabila namanya sering disebut-sebut di dalam media arus perdana, media internet, radio, TV atau orang ramai di sekeliling. Begitulah situasinya.. :)

Sebetulnya, publisiti percuma ini bukan sahaja menguntungkan YouTube, malah orang yang menggunakan khidmat ini juga meraih manfaatnya. Tidak dinafikan, ada juga yang kurang senang apabila kecanggihannya disalahguna untuk tujuan tidak sihat. Biasanya, berbentuk siaran video yang boleh menyinggung pihak lain.

Tidak salah jika video yang tersiar itu positif sifatnya atau mematuhi etika yang ditetapkan pihak YouTube. Apa yang tidak boleh, video yang boleh menjejaskan pihak lain. Antaranya, video yang dirakam secara curi atau klip video yang sengaja direka untuk menghina, berbaur fitnah atau memburuk-burukan pihak tertentu.

Jika seseorang itu berbakat tulen, kenapa tidak dikerahkan bakat tersebut untuk menghasilkan sesuatu karya yang bernilai atau dihargai. Jika berbakat mencipta lagu atau muzik, bukankah bagus kalau lagu, audio atau muzik itu diadun menjadi sebuah video klip yang menarik. Diakui mesej positifnya dan tidak menyingung sesiapa.

Dengan kata lain, bukan sekadar mencari publisiti murahan dengan menumpang populariti tapak web yang sudah semestinya tersohor di serata dunia itu. Begitupun, lumrah manusia termasuk komuniti internet lebih peka atau lekas tertarik dengan sesuatu yang kontroversi. Isu kontroversi biasanya akan mendapat publisiti.

Nota: dengan menguasai kemahiran dan kemudahan Internet, tidak bererti si penggunanya bebas melakukan segala-galanya.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 kata mereka: