RSS

Projek 1 Tabung 1 Keluarga untuk Selamatkan Palestin

Dapatkan Tabung Khas Sumbangan Aman Palestin daripada:

1- Wakil-wakil Aman Palestin di seluruh cawangan di Malaysia

2- Sukarelawan Aman Palestin

3- Pejabat Aman Palestin, Bangi

Usahakan semampu mungkin untuk memenuhkan tabung tersebut

Setelah penuh, masukkan sumbangan tersebut ke:

1- Akaun Aman Palestin Berhad

2- Datang menyerahkan ke pejabat Aman Palestin di Bangi atau

3- Serahkan kepada wakil-wakil Aman Palestin di seluruh cawangan di Malaysia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Save GAZA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wahai Muslimin

Wahai Muslimin …wahai bangsa arab…wahai manusia…Gaza merayu bantuan…
Semua telah mengetahui pembunuhan beramai-ramai yang sedang dilakukan oleh penjajah Zionis kejam ke atas rakyat Palestin di Gaza. Rumah bukan lagi kediaman yang selamat, tidak juga sekolah, begitu juga masjid. Hospital-hospital tidak dianggap kawasan selamat dan setiap apa yang ada di bumi Gaza adalah harus bagi jet-jet tentera Zionis membunuh dan memusnahkannya. Bilangan mereka yang syahid sekarang lebih dari 700 orang. Satu pertiga darinya adalah kanak-kanak dan ratusan wanita yang tidak diendahkan kemuliaan mereka. Bilangan mereka yang cedera parah lebih kurang 4,000 orang dan beribu-ribu orang luka akibat seragan Israel.

Semua telah mengetahui semua keperluan hidup sudah tiada. Tidak ada bagi mereka sekarang ini melainkan kehormatan iaitu rakyat Palestin menolak untuk berundur mengaku kalah. Sesungguhnya sejarah mecatatkan Khalifah Mu’tasim pernah mengarahkan tenteranya pergi membantu seorang wanita muslimah yang menjerit: “Di mana bantuan !”. Rakyat Gaza tetap menunggu satu bantuan dari Mu’tasim umat Islam zaman ini bagi melakukan serangan terhadap Israel di atas seruan kedukaan dan penderitaan setiap hari rakyat Palestin di Gaza.

Wahai Pembantu Gaza…Wahai Penjaga Masjid Al-Aqsa
Sesungguhnya konspirasi serangan ke atas Gaza adalah jelas, pihak Zionis, Amerika dan beberapa pihak tempatan dan antarabangsa semuanya bermatlamat menghapuskan Islam, dan mereka yang memikulnya, menghapuskan kebangkitan(Muqawamah) sehingga sampai ke tahap menerima kewujudan Israel sebagai satu bahagian dari realiti dan membenarkan mereka membina negara Israel dari Sungai Nil hingga Sungai Furat.

Tidak ada bahasa yang dapat menggambarkan keadaan sebenar di Gaza, darah kanak-kanak, rintihan yang cedera parah, mayat-mayat bergelimpangan di setiap tempat dan serangan ke atas masjid semuanya menunjukan setiap muslim di Gaza berhak dibantu, disokong dan diberi pertolongan. Usaha untuk menghentikan penyembelihan sebegitu wajib dilakukan walaupun hanya dengan doa bagi mereka yang lemah.

Ayohlah berusaha! Masa terus berlalu, serangan terus dilancarkan bertujuan menghancurkan Islam. Musuh berkumpul di hadapan satu hidangan bangsa Palestin untuk menghapuskan kebangkitan dan menyebarkan ketakutan ke dalam jiwa umat Islam dan Arab…

Dalam menghadapi kemelut yang berlaku di Gaza, kami ingin menegaskan perkara-perkara berikut:

1) Sesungguhnya penjajah Zionis Israel melakukan serangan dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza bertujuan menghancurkan agama Islam dan menghapuskan kebangkitan rakyat Palestin.
2) Sesungguhnya penjajah Zionis Israel tidak akan meneruskan jenayah seumpama ini jika tanpa persetujuan bangsa arab dan orang Islam. Keadaan mereka yang diam membisu di atas apa yang berlaku sekarang ini membukti perkara tersebut.
3) Pentingnya setiap bangsa memainkan peranan mereka masing-masing dengan melakukan pelbagai tekanan terhadap kerajaan yang menyokong Zionis bagi menyatakan penderian mereka menyokong rakyat Palestin.
4) Kami meminta semua bangsa bertindak dalam pelbagai bentuk sebagai satu usaha menekan kerajaan Israel sehinggalah mereka membuat keputusan menghentikan serangan ke atas Gaza.
5) Pentingnya membuat dan melancarkan pelbagai kempen berbentuk kesihatan, bantuan kewangan dan selainnya bagi membantu muslim di Gaza.

Kami menyeru semua media massa secara khususnya dan yayasan-yayasan serta badan-badan secara umum mengiatkan lagi usaha yang dapat membantu apa yang berlaku di Gaza dengan cara yang bersesuaian dan bersama menjelaskan kepada orang ramai jenayah perang yang dilakukan oleh Zionis setiap hari.

6) Pentingnya membentuk satu jawatankuasa bagi mengeluarkan satu keputusan penghakiman bahawa pimpinan Zionis adalah penjenayah perang.

Berdasarkan apa yang disebut di atas, kami mengisytiharkan pelancaran siri program sokongan terhadap saudara kita di Gaza yang akan bermula dengan program “Rapat Umum” pada hari sabtu 10 Jan 2009, pukul 10 pagi di Stadium Melawati , Shah Aam, Selangor.

Kami menyeru rakyat Malaysia keseluruhannya: pemuda pemudi, wanita, pekerja, pelajar, sektor awam, swasta dan semua bangsa dan agama menyertai aktiviti kami dan program kami bagi membantu rakyat Palestin. Apa yang berlaku di Gaza menuntut kita semua berdiri bersama mereka bagi membantu kebangkitan mereka berhadapan dengan senjata perang Zionis, berhadapan dengan serangan yang tidak berakhlak yang bercanggah dengan semua ajaran dan undang-undang.

Akhirnya, wahai ahli Gaza ! Allah bersama kalian. Kalian adalah harapan umat Islam, ketua perang untuk menghapuskan rancangan ZIonis, bersabarlah! Tetaplah dan ketahuilah sesungguhnya pertologan Allah adalah kesabaran satu detik.

“Dia bertanya kamu bilakah ia(pertolongan Allah)? Katakanlah wahai Muhammad moga-moga ia adalah dekat”

by amanpalestin.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamatkan GAZA



SUMBANGAN ANDA... BUKTI SOKONGAN


Sumbangan anda adalah bukti sokongan kita kepada rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang sedang tertekan dan dihimpit oleh musuh-musuh Allah.

Mereka merupakan barisan hadapan dalam mempertahankan hak dan maruah umat Islam keseluruhannya, anak-anak kecil, perempuan, orang tua sanggup untuk mempertahankan bumi suci umat Islam dengan nyawa dan darah mereka. Apakah sumbangan kita untuk mereka ini...

Inilah persoalan yang wajib kita jawap dihadapan Allah nanti, seandainya wang ringgit, tenaga, masa dan kehidupan duniawi menjadi penghalang kepada usaha untuk menyedarkan masyarakat bahawa bumi ini milik kita yang wajip dipertahankan. Maka tunggulah.... sehingga Allah menentukan keputusannya.

Firman Allah: "Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! keluarkanlah kami dari negeri (Makkah ) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang peminpin yang membela kami (dari ancaman musuh)". An Nisa ayat: 75

Ulam terkenal Syeikah Dr. Yusuf Qardawi dalam fatwanya:

"Hukum syarie yang disarankan syariat Islamiah melalui pelbagai mazhab dalam keadaan sekarang(serangan rejim Zionis ke atas Gaza) adalah wajib ke atas umat Islam bergabung dengan bangsa (rakyat Palestin di Gaza) yang dicerobohi seandainya bangsa tersebut tidak mampu melawan pencerobohan tersebut bersendirian. Orang Islam adalah umat yang satu... Islam mewajibkan berperang semata-mata membantu golongan yang lemah".

by aman palestin.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Manisnya Iman



Anas ra.berkata,bahwa rasulullah saw.bersabda 'tiga hal jika seseorang melakukanya maka akan merasakan manisnya iman.Allah dan Rasulnya lebih dicintai dari pada yg lain. Seseorang mencintai saudaranya hanya kerna Allah dan enggan kembali kepada kekafiran sebagaimana keengganannya utk di masukkan ke neraka[h.r.bukhari dan muslim]

Iman sangat bererti bagi rohani seorang muslim,ia lebih segar dibanding air dingin disaat seseorang sedang haus dan dahaga.Ia lebih manis di banding madu bagi orang yg sudah lama merasakn pahit. Namun semua itu kita tidak dapat merasakan kecuali oleh orang2 yg keimanannya mencapai kesempurnaan dan benar2 mencintai Allah dan Rasul-NYA. Ia tidak mencintai kecuali kerna Allah. Tidak membenci kecuali kerna Allah dan tidak memberi atau menolak pemberian kecuali kerna Allah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Langkah Menuju Hidup Bahagia



Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya.

Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana’ah menyertainya.

Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya.

Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.

Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya.

by adibsmarni production

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS