RSS

Karnival Sukan Tahunan Sek. Men. Islam Darul Ta'lim 2009







Pada 1 November 2009, Sek.Men.Islam Darul Ta'lim telah mengadakan Sukan Tahunan 2009. Pelbagai acara dipertandingkan. Sukan ini telah dirasmikan oleh Dr Hj Mohd Dhari Bin Othman selaku YDP Yayasan Darul Ta'lim. Acara pertama iaitu larian 100 meter telah dimulakan dengan tiupan wisel pertama oleh Dr Hj Mohd Dhari. Koleksi gambar Darul Ta'lim boleh layari http://ael2548.fotopages.com



Unit Multimedia Sek.Men.Islam Darul Ta'lim
http://darultalim.blogspot.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pendaftaran Kini Dibuka



PENDAFTARAN KEMASUKAN TAHUN 2010 KINI DIBUKA


Sekolah Menengah Islam Darul Ta'lim & Pondok Darul Ta'lim menawarkan :-




1)Persekolahan Diniyyah / Arabiyah

2)Pengajian Pondok Moden

3)Kelas Tahfiz



Derma, Infak, Zakat dan sebagainya amat dialu-alukan. Jazakumullahu khoiran kathiro


"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan janganlah kamu bertolong-tolong pada melakukan dosa ( maksiat ) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya ( bagi sesiapa yang melanggar perintahNya )" - surah Al-Maidah : Ayat 2


Sumbangan melalui bank : 08040010034334 (Bank Islam Malaysia Berhad)


Sekolah Menengah Islam Darul Ta'lim
Lot 4111, Kg Sungai Limau, Sg Segar,
Ijok, 34510 Batu Kurau,
Perak Darul Ridzuan


Tel : 05-8801728 / 019-5714387


Layari http://darultalim.blogspot.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Maaf Zahir Batin Kpd Semua



Selamat menyambut hari raya maaf zahir & batin kepada semua pengunjung Teratak Bonda. Ampun dan maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan dalam perkhidmatan kami. Semoga bergembira di hari raya. Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi berkunjung ke Teratak Bonda. Kami amat menghargai kunjungan anda. Syukran.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adik-adikku di Yayasan Darul Ta'lim

Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu dikalbuku
Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku...


































Love u all....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Konvo Along






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Keputeraan Nabi Muhammad SAW



Nabi Muhammad telah diputerakan di Mekah, Arab Saudi pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Ismail, anak kepada Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.

Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa’adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Mekah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hujan Di Palestin

Hujan tangis si anak kecil,
Hujan darah si wanita,
Hujan si tua palestin terus
mewarnai tanah pilu palestin ....

Diringi Hujan peluru dan
Hebatnya roket pengebom menghujani tanah palestin ini
Si kejam YAHUDI terus riang ketawa
Ditanah tumpah darah si anak tangis ini.....

Apa yang dikau inginkan wahai Si Kejam?
Apa yang dikau Dendamkan wahai Si Kejam?
Apa yang dikau kejarkan wahai Si Kejam?
Puaskah hatimu melihat tangis pilu si anak kecil?
Puaskah jiwamu mendengar rintihan ngilu si tua itu?

Gelora hidup di palestin dilanda mimpi angan
yang mengimpikan ketenangan,
Sedih mengharapkan ketenangan di tanah merah darah ini...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hadirkan Dia Untukku. . .

Oh Tuhan....
seandainya telah engkau catatkan
dia milikku....tercipta untukku.....
satukanlah hatinya dengan hatiku..
titipkanlah kebahagian.....

ya ALLAH ku mohon
apa yang telah engkau takdirkan
ku harap dia adalah yang terbaik buatku
kerana engkau tahu segala isi hatiku
peliharakan lah daku dari kemurkaan mu

ya tuhanku yang maha pemurah
berikanlah kekuatan jua harapan
melainkan dari lesu dan tidak bermaya
semaikan lah setulus kasih dijiwa

ku pasrah kepada mu
kurniakanlah saya
pasangan yang beriman
yang bisa menemani saya
supaya saya dan dia
dapat melayar bahtera
ke muara cinta yang engkau redhoi


ya ALLAH ku mohon
apa yang telah kau takdirkan
ku harap dia adalah yang terbaik buatku
kerana engkau tahu segala isi hatiku
peliharalah daku dari kemurkaanmu

ya tuhanku yang maha pengasih
engkau sahaja pemelihara ku
dengarkanlah rintihan hambamu
jangan engkau biarkan ku sendiri

agarku bisa bahagia...
walau tanpa bersamanya
gantikanlah yang hilang
tumbuhkan yang telah patah
ku inginkan kebahagian
didunia dan akhirat
pada mu ku mohon segalanya....
amin yarabbal alamin....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MUJAHIDIN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sifat Romantik Rasulullah SAW



Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian~. "

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain~ . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa~. ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga~ kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin~ Ya Rabbal 'Alamin~^^ Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya ALLAHUAKBAR~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS